Pengenalan
Pengenalan aktiviti yayasan ammirul ummah
Yayasan Ammirul Ummah menjalankan aktiviti di beberapa buah negara, terutamanya di Indonesia dan Malaysia. Di Indonesia, aktiviti utama yang dijalankan adalah seperti Wakaf Al-Quran yang memfokuskan sumbangan Al-Quran kepada pelajar-pelajar tahfiz, pondok pengajian Al-Quran, dan sebagainya. Selain itu, YAU Indonesia juga menjalankan Program Pembinaan 11 buah Masjid dan sembako (foodbank ummah) untuk golongan asnaf.
Di Malaysia pula, kami memfokuskan kepada beberapa program yang besar seperti Program Penyelenggaraan dan pembersihan tandas di 100 buah masjid di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Program bakul makanan (foodbank) untuk keluarga asnaf dan OKU, pelajar dalam kategori asnaf, serta mangsa-mangsa bencana. Selain itu, Program Kit Solat Ummah untuk mangsa-mangsa banjir dan Program Ummah Qurban di Sri Lanka, Mindanao, Indonesia, dan Malaysia, serta Kotak Makanan untuk Gaza.

latar belakang yayasan ammirul ummah
Yayasan Ammirul Ummah, yang didaftarkan pada 22 April 2001, merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam program amal global, merangkumi bantuan kemanusiaan, pembangunan ekonomi, kesihatan, kesejahteraan, Alam Sekitar, pekerjaan, pendidikan, dan pembangunan masjid.
En. Mohd Kamal Bin Ismail, bekas Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya Malaysia, pernah berkhidmat di bahagian Korporat, Pengurusan Sumber Manusia, kewangan, dan terlibat dalam Projek-projek Utama JKR Malaysia dari tahun 2011 hingga 2021. Penglibatan beliau termasuk Majlis Konsultasi Bajet Negara Malaysia, ketua delegasi perdagangan ke Luar Negara, Pengarah Misi Kemanusian, dan setiausaha International Muslim Business Network (IMBNet).

Fauziah dato' ahmad daud (premier volunteers)
Seniwati Fauziah Dato' Haji Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy Ahmad Daud, lahir pada 10 Oktober 1962 di Singapura. Beliau merupakan pelakon, penyanyi, pengarah, dan penerbit terkenal di Malaysia, anak kepada seniman terkenal Dato' Haji Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, Datin Saadiah. Ogy Ahmad Daud turut aktif dalam pengarahan dan penerbitan filem dan drama, termasuk karya terkini Yayasan Ammirul Ummah seperti Iqra' dan Aidil Dan Atok.
Pencapaian seniwati Fauziah Ahmad Daud melibatkan pelbagai anugerah, termasuk Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Penghibur Popular, Anugerah Penghibur Sepanjang Hayat, dan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Selain daripada bidang seni, Ogy Ahmad Daud juga terlibat dalam aktiviti kebajikan, memulakan peranannya sebagai Premier Volunteer Yayasan Ammirul Ummah sejak 2021, terinspirasi oleh rakan artis yang turut serta dalam kegiatan ini.

visi dan misi yayasan ammirul ummah
visi
Indonesia bebas daripada buta huruf dalam Al-Quran
misi
Membina generasi yang bijak, memahami, dan boleh mengamalkan Al-Quran
Mewujudkan kemudahan yang sesuai, selamat dan selesa untuk belajar Al-Quran
Menyokong Dakwah untuk membasmi buta huruf Al-Quran
Bekerjasama dan mengambil bahagian dengan semua badan NGO untuk pembangunan Ummah